29 February 2012

10 NEGARA TERKECIL DI DUNIA


# Vatican
Terletak di tengah Rome Itali, dengan penduduk hanya 700 orang, berkeluasan 0.7 batu persegi.
# Monaco
Negara kecil ini mempunyai keluasan hanya 0.7 batu persegi atau 1.98 km persegi. Jumlah penduduk anggaran 35 ribu orang ( 2011 ).  

# Nauru
Jumlah penduduk hanya seramai 13 ribu orang.Diiktiraf sebagai negara republik paling kecil di dunia.

# Tuvalu
Sebuah pulau yang terletak diantara Hawaii dengan Australia,merupakan pulau Polynesia. Hanya berkeluasan 9 batu persegi, atau 26 km persegi.



# San Marino
Dikatakan negara tertua di Eropah. Jumlah penduduk sekitar 29 ribu orang (2011). Ibu negaranya ialah San Marino City.

# Liechtenstein
Merupakan negara mempunyai keluasan 160.475 km persegi, dengan jumlah penduduk seramai 36 ribu 


# Pulau Marshall

Mempunyai anggaran penduduk seramai 68 ribu orang.Keluasan negara ini 181 km persegi. Merupakan kawasan batu karang yang besar.Ibu negaranya Majuro.


# Saint Kitts and Nevis
Keluasan 261km persegi sahaja dengan penduduk dianggarkan seramai 51300 orang.

# Ceychelles

Jumlah keluasan 451 km persegi.Merupakan negara republik dengan jumlah penduduk dianggarkan seramai 84 ribu orang. Merdeka dari British sejak 1976 lagi. Ibu negaranya ialah Victoria



# Maldevis

Merupakan sebuah pulau dan menjadi negara yang paling kecil di Asia. Islam merupakan agama rasmi Mempunyai jumlah penduduk melebihi 300 ribu orang dengan keluasan negara mereka 298 km persegi. 

Narrator: Azz (2012)

SKETSA BUMI


Baju alam menipis
meratap tangis
panas merobek kulit bumi
di pinggir impian
serakah modenisasi.

Selendang hijau
terlepas dari bahu
debu terpalit
wajah alam
terlonta dan sakit
tenang pun menyisih
ke akar rumputan
hijau terakhir itu
mewarnai dahan.

"Tidak ada nyanyian
tak juga pamitan
mengiring jalan terujung
alam permaiku
yang diranapkan persendaan"

Kuala Lumpur,
1994




Narrator: Faizah (2012)

FLORA

Narrator: Eyza (2011)






# kedua


ANUGERAH ALAM SEKITAR




Apa itu Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar?
program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Se kitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005

Secara dasarnya program ini merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth, Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti -aktiviti alam sekitar yang lain

Tujuan program
membantu sekolah memperkukuhkan program -program pendidikan alam sekitar yang sedia ada

Konsep
berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan


Pemenang Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar (2005/2006)

SJK (C) CHI HWA, SANDAKAN, SABAH
Blok D
Korridor
Taman Rekreasi


SMK DATUK PETER MOJUNTIN, PENAMPANG, SABAH

Pemenang Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar (2007/2008)

SK BAKRI BATU 5, MUAR, JOHOR

SMK (P) METHODIST PULAU PINANG




Narrator: Niza Hamdi (March 2012)

MALAYSIA, LESTARIKAH?




Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun di Asia Tenggara banyak mengalami pembangunan dan pembinaan mapan. Dalam konteks kemajuan di sini, negara Malaysia sememangnya berusaha untuk mara ke depan dari segi ekonomi, politik dan infrastruktur selaras dengan negara-negara maju yang lain. Namun, kemajuan yang cuba direalisasikan di negara Malaysia ini jelasnya sedikit membelakangkan alam sekitar. 

ESD (Education for Sustainable Development) adalah satu titik sejarah baru dalam menentukan masa depan hutan dan alam semula jadi di Malaysia. Pengenalan pembelajaran ESD dalam silibus pelajar di semua peringkat sememangnya memberikan rakyat Malaysia yang masih jahil tentang penjagaan alam sekitar tentang pentingnya penjagaan alam sekitar.
Isu ini merupakan satu isu yang semakin giat diperkatakan. Pembangunan yang membelakangkan kepentingan alam semula jadi menyebabkan hutan, sungai dan laut menderita. Orang utan, badak sumbu, gajah dan pelanduk di ambang kepupusan akibat kerakusan manusia. Sifat tamak dan jahil warga negara inilah yang membawa kehancuran kepada alam sekitar kita.

Terdapat juga golongan yang mengetahui hakikat namun membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap isu ini, kenapa? Kerana mereka inilah golongan kurang pandai yang mengkhianati alam sekitar mereka sendiri. Mereka tahu bahaya penebangan hutan secara berleluasa. Mereka tahu keburukan penarahan tanah secara berterusan. Mereka tahu perbuatan mereka adalah salah terhadap alam semula jadi. Namun mereka masih berlagak seolah-olah mereka adalah golongan yang membantu membangunkan alam sekitar.

Semua pihak sedar bahawa beg plastik hanya medatangkan pencemaran dan keburukan kepada flora dan fauna kita. Sudah berapa banyak hidupan laut terkorban kerana beg plastic? Ini satu hakikat. Namun kenapa semua orang yang berkuasa tetap menghalalkan penggunaan beg plastik secara berleluasa? Pihak berkuasa sudah tentu mempunyai kuasa untuk menghapuskan penggunaan beg plastik secara mutlak namun kenapa masih tidak ada tindakan yang sewajarnya dilakukan? Hari Sabtu diisytiharkan sebagai ‘Hari Tanpa Beg Plastik’. Satu hari nisbah enam hari. Jelas beg plastik masih menjadi penghuni tetap lorong-lorong dan jalan-jalan di negara kita. 

Ilmu yang ditimba perlulah diaplikasikan dalam semua aspek. Saidina Umar sendiri telah berkata ilmu yang paling berguna ialah ilmu yang diaplikasikan dan diamalkan. Pengetahuan alam sekitar ialah satu pengetahuan asas yang ada dalam setiap manusia walaupun tanpa perlu tahu ABC dan 123. Ini adalah ilmu asas. Semua manusia tahu bahawa membuang sampah merata-rata ialah salah terhadap alam. Pokok pangkalnya di sini, siapa yang bijak dan berani untuk melangkah kehadapan dan menyuarakan ketidakadilan manusia terhadap alam semula jadi ini? Pihak berwajib perlu meletakkan masa depan alam semula jadi di tempat pertama sebelum masa depan parti politik mereka.

narrator: ren (feb 2011)

PLASTIC BAGS VERSUS NATURE

When we go to the groceries shop and buy six-pack of soda and noodles. Did we notice that they drop the six-pack of soda in one plastic bag and noodles will get one too. The uncontrollable usage of plastic bags nowadays always make the environment lover cannot swallow their food. According to Wikipedia, plastic bag is the type of flexible packaging made of thin, flexible, plastic film. This academic writing contents are about facts about plastic bags, plastic bags are destroying Mother Nature, how to deal with plastic bags and my role as a teacher to overcome this matter.

The facts about plastic bags are very interesting. Actually, plastic bags are made of ethylene, a gas that produced as a by-product of oil and coal production. Ethylene then made into polymer called polyethylene. There are three types of ethylene; high-density polyethylene (HDPE), low- density polyethylene (LPDE) and linear low-density polyethylene (LLDPE). It is clear that plastic bag is non-biodegradable. That means every plastic bags will last for 20 until 1000 years. They will remain in the environment even after you are dead.


We realize that plastic bag is very useful in many ways until we forgot that they are destroying our mother nature. As a result, in 2001, between 500 million and a trillion plastic bags are consumed worldwide. These plastic bags always find their own way to our streets, parks and into our waterways, washed out to sea. Plastic bag is a serial killer. More than a million birds and marine mammals and sea turtle die every year from eating or getting entangled in plastic bag. Plastic bags have change their status form being rare in 90s to almost everywhere today.

When Alexander Parkes first introduced plastic bags to the world in 1862, he never dreams that this product will be a great success as a product and also become the biggest enemy for sea turtle.  How to solve this problem? In April 2003, Australia introduced biodegradable plastic bags made from tapioca starch. These bags will look and feel like polythene bags but will decompose in three months.  Instead of plastic bags, we can use paper bags or calico bags to pack our groceries. These bags can be reuse. When we go shopping, refuse plastic bags but use our own reusable bags. Make it a habit.

People should know the true identity of plastic bags. They do help us but in return they pollute our mother nature. Even a six years old kid should know this fact. So, our roles as a teacher are to make them clear how harmful plastic bags are to nature. Conduct a seminar, hold a campaign and make a forum to make them understand better about the danger of the existence of plastic bags on earth. Besides, show a good example by using calico bags instead of plastic bags to pack our stuffs. Show our students how an environmental lover should act to deal with this problem.

The problem with plastic bags is not just where they end up; it is they never seem to end. But still, we must try our best to solve this matter. In March 2002, Irish had introduced 20 cents USD tax for plastic bags, resulted in a 95 percent reduction in the use of plastic bags. Since our country has not made any move yet, why don’t we start? Next time we go shopping, proudly raise our head as we say no to plastic bags. This is a simple move but we have made a contribution to the future of our planet.




Narrator: ren (march 2010)

28 February 2012

# pertama


Ikhlas daripada :
PISMP PENGAJIAN SOSIAL JAN 2010


Agnes Alice John, Azlinah Akimin, Azmiah Abdul Azid, Evalorenna Laminsin, Fazurin Baharudin, Hairuniza Hamdi, Hamizah Zainol Abedin, Kellyn Haydee, Muaz Abdul Ghaffar, Muhammad Nasrun Md. Salleh, Mohamad Raziman Abd. Roshid, Norfaizah Abdullah, Nur Afiqa Azalan, Nur Farizah Abd. Ghapar, Marini Arifin, Ramlah Abdul Hamid Alwi, Sharifah Nurul Ashikin Syed Jaffar dan Sarimah Mapere