Terdapat beberapa kaedah yang biasa di gunakan untuk melupus sampah iaitu kaedah penimbusan tanah atau lebih dikenali sebagai Landfill dan juga kaedah Insinerator iaitu pembakaran tertutup. Bagi kaedah Landfill, banyak cara atau kaedah yang digunakan merangkumi:
Kaedah ‘Open Dumping’
Kaedah ini adalah konvensional dan masih dipraktikkan di merata-rata tempat seluruh Malaysia.Kaedah ini tidak teratur dan terdedah kepada bau busuk dan pembiakan serangga dan binatang
Kaedah ‘Sandwich’
Kaedah penimbusan ini dibuat secara lapisan demi lapisan secara mendatar.Setiap antara lapisan ini ditimbus/ditutup dengan tanah. Kaedah ini adalah lebih berkesan tetapi jika tapak pelupusan terlalu lebar (luas), maka bahan-bahan buangan ini akan ditinggalkan tidak ditutup untuk beberapa hari menyebabkan bau busuk dan sebagainya.
Kaedah ‘Cell’
Kaedah penimbusan ini dibuat dengan cara menimbus sisa buangan dengan lapisan tanah pada setiap hari iaitu dengan ketebalan 20 cm. Pada lapisan penutup perantaraan hendaklah pada ketebalan 30cm dan lapisan akhir penutup pada ketebalan 60cm.
Narrator: Gman (2012)