Pada 1947, seorang juruterbang British dalam penerbangan menuju ke Tawau, dia telah terbang melintasi satu kawasan hutan yang agak berkabus. Apabila kabus itu mulai hilang, bru dia sedar bahawa dia berada dalam satu lingkungan besar tembok setinggi 915 meter dari lantai hutan. Penemuan beliau ini dimasukkan di dalam Buletin Borneo ketika itu, yang diterbitkan buat kali pertama pada 1953.
Dikelilingi oleh curam yang tinggi dan cerun yang curam, kawasan Maliau Basin lebih besar daripada Singapura. Kawasan ini hanya mempunyai satu tempat masuk sahaja iaitu di Sg Maliau, kerana hanya sungai ini sahaja yang mengalir keluar dengan dunia luar. Itupun sudah dikira mencabar kerana anda terpaksa melalui beberapa air terjun yang menakjubkan. Kepayahan untuk masuk ke hutan ini mungkin antara faktor mengapa Maliau tidak tersentuh oleh dunia luar berjuta tahun lamanya.
Dan pada 1988, satu ekspidisi telah dilakukan dan banyak kejutan serta misteri terungkai melihatkan keindahan Maliau yang tidak terusik oleh masa, dimana alam semulajadi dan hidupan liar yang lain hidup dalam keadaan harmoni. Boleh dikatakan hutan ini sangat dekat dengan imej hutan Jurassic Park zaman dahulu.
Untuk pengetahuan bersama, hanya 2000 orang sahaja yang baru menjejakkan kaki ke Maliau dengan hampir 50% lagi hutan Maliau belum diterokai. Kenapa Basin? Basin ialah besen dalam bahasa Sabah. Keadaan hutan yang dikelilingi tebing dan cerun seakan-akan besen. Terletak di selatan sabah, lebih kurang 40 km utara kalimantan dan bersebelahan kawasan pengurusan hutan Yayasan Sabah.
Narrator: Ema (2012)
No comments:
Post a Comment