Di mana- mana kita melihat papan tanda ‘DILARANG MEMBUANG SAMPAH’. Kebenarannya,di sekitar papan tanda itu terdapat banyak sampah. Di mana silapnya tentang hal pembuangan sampah ini?kita berjalan di mana-mana,di pusat membeli belah,di kawasan letak kereta,di jalan raya,pasti ada sampah yang dibiarkan,bahkan ada di depan mata kita,pelaku-pelaku yang tidak bertanggungjawab itu dengan senang hatinya menjatuhkan,melayangkan sampah dari genggaman mereka.
Guru di sekolah mengajar murid-murid membuang sampah ke dalam tong sampah tu tempat yang ditetapkan. Tetapi masih banyak sampah yang dbiarkan memenuhi kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya. Jadi,di mana murid yang sudah diajar di sekolah tentang hal membuang sampah itu? Di mana silapnya, guru kah yang bersalah?,sekali lagi persoalan timbul.
Pernah seorang rakan membuang tulang ayam dari tingkap kereta ke jalan raya di kawasan letak kereta. Apabila ditegur,dengan tenangnya dia menjawab..’tulang ayam boleh terurai,jangan risau’. Benar..memang itu tidak salah dari segi sains tapi berapa lama tulang tersebut akan terurai? Itu hal yang pertama. Kedua,bukankah keindahan dan kebersihan kawasan tersebut akan terganggu kerana hanya seketul tulang itu?
Warga hijau sekalian, apakah tindakan kita untuk mengurangkan masalah ini? Apabila berada bersama-sama keluarga, kita melihat ahli kelurga kita dengan perasaan tidak bersalah membuang sampah, bersama –sama dengan rakan-rakan pula, kita melihat perkara yang sama. Jangan nafikan,semua ini benar-benar terjadi. Jadi,sekali lagi,apa tindakan kita?
Alam sekitar kita tidak tercemar dengan sendiri,fikirkan...siapakah yang bertanggungjawab?
Narrator: Eva(2012)
No comments:
Post a Comment