Kesan Rumah Hijau berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol dan sesetengah peti sejuk serta penghawa dingin yang membebaskan CFC juga penyumbang kepada pemanasan global.
Kempen Earth Hour merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF). Ia dilaksanakan dengan mematikan semua lampu dan peralatan elektrik selama 1 jam. Ia bertujuan untuk mengurangkan pembebasan gas carbon ke udara sekaligus mengurangkan pemanasan global.
Beg plastik memerlukan 100 – 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia akan memberi impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia
Mod Sedia di Peralatan Elektrik seperti lampu neon hijau, merah dan kerlipan perkataan akan kelihatan pada televisyen, pemain video, stereo, komputer dan lain-lain peralatan elektrik. Mod sedia adalah petunjuk kepada pembaziran elektrik kerana penggunaan mod sedia boleh mengurangkan sehingga 100kW jam setahun iaitu lebih kurang RM 22/tahun. Bagi penggunaa
n elektrik yang cekap, pastikan kesemua suis peralatan elektrik ditutup.
Kitar Semula Dapat Menyelamatkan Hutan. Ini kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberikan kita oksigen dan udara yang bersih.
Mentol. Jika enam juta rumah menggantikan 100W mentol bulat atau tungsen kepada lampu neon atau lampu fluorescent kompak 20W, ia akan menyebabkan penjimatan elektrik yang mencecah hampir 1.56 billion kW/j, iaitu bersamaan dengan penjimatan sebanyak hampir RM615 juta setahun!
‘ Screen Saver’ di komputer. Ia hanya membazirka tenaga. Kebanyakkan komputer menggunakan 2 kali ganda tenaga elektrik untuk menyalakan skrin berbanding tenaga yang digunakan untuk proses dalaman. Tujuan utama ‘screen saver’ diwujudkan adalah untuk mengelakkan screen daripada terbakar oleh imej yang konstan, namun ia tidak diperlukan lagi pada zaman yang moden ini. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, anada boleh menetapkan ‘screen saver’ anda kepada ‘tiada’ atau ‘skrin kosong’.
No comments:
Post a Comment